SISTEM PERMOHONAN LESEN PERKAPALAN DALAM NEGERI
NOTIS PENTING
Perhatian kepada pemohon baru:
1. Bagi pemilik kapal Malaysia: wajib mengemaskini profil syarikat dalam Modul Pendaftaran Kapal (MMDIS). Sila akses MMDIS melalui pautan berikut: MMDIS
2. Untuk ejen kapal asing: wajib mendaftar atau mengemaskini Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM) dan alamat e-mel ONLINE melalui laman web Sistem Pelepasan Kapal (SCS) https://marine22.marine.gov.my/scsagent/
• ID pengguna dan kata laluan sementara akan dihasilkan oleh sistem eDSL.
• JLM tidak menyediakan kata laluan pengguna ID / sementara
NOTIS PEMAKLUMAN:
Merujuk kepada MSN 07/2026 bertarikh 27 Ogos 2026, adalah dimaklumkan bahawa Peraturan-Peraturan Perkapalan Saudagar (Lesen Perkapalan Domestik) 2026 di bawah Akta A1551, berkuat kuasa pada 1 September 2026. Rujukan Warta Kerajaan Persekutuan P.U.(A) 306 bertarikh 28 Ogos 2026. Sehubungan dengan itu berikut adalah kadar fi baru yang berkuatkuasa.
FI BAGI PENGELUARAN LESEN PERKAPALAN DOMESTIK
|
BIL. |
JENIS KAPAL |
PERIHALAN |
FI (RM) |
|
1.
|
Kapal Malaysia
|
sehingga 50 tanan bersih |
153.00 |
|
bagi setiap tanan bersih tambahan selepas 50 tanan bersih |
0.30 |
||
|
2.
|
Kapal yang bukan kapal Malaysia yang dibenarkan
|
sehingga 50 tanan bersih |
460.00 |
|
bagi setiap tanan bersih tambahan selepas 50 tanan bersih |
0.90 |
INFO PENTING!
* FI BAYARAN LESEN DSL adalah berdasarkan Nett Tonnage Kapal;
***TIADA FI lain yang dikenakan;
***TEMPOH PROSES PERMOHONAN DSL: (Bermula dari Dokumen lengkap diterima)
For DSL system inquiries, please contact Unit eDSL IPL below:
- Pn. Nursyafiqah/ En. Mohd Syafiq: 03-31629940
- Pn. Nor Afizatul Anisha: 03-31629938
- En. Nasrol/ Pn. Afierah: 03-31629935
- Email : edsljlm@marine.gov.my
Sistem eDSL baharu merupakan inisiatif Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) untuk membangunkan sistem atas talian secara menyeluruh "end to end" bagi permohonan Lesen Perkapalan Dalam Negeri (DSL). Sistem eDSL Baharu ini telah dilancarkan pada 1 November 2019. Sistem baharu ini membenarkan pemohon untuk melaksanakan urusan permohonan, pembayaran serta mencetak lesen dan resit secara atas talian. Inovasi dan pengenalan sistem baharu ini akan menjadi titik tolak sistem eDSL yang sedia ada.
Pemohon perlu mendaftar dengan Sistem eDSL menggunakan pautan "Klik di sini untuk mendaftar" pada halaman utama.
Sebelum memohon lesen di eDSL, anda perlu melengkapkan pendaftaran terlebih dahulu. Ikuti langkah mudah berikut untuk mula berdaftar.
Langkah 1 - Pilih Jenis Pendaftaran
Langkah 2 - Masukan Nama Pengguna
Sebelum mendaftar akaun di eDSL, sila kemaskini maklumat email anda di Jabatan Laut Malaysia.
Apabila anda selesai mendaftar di eDSL, kata laluan sementara akan diberikan menerusi emel seperti yang telah didaftarkan di dalam sistem MMDIS.